Jika mencintai seseorang, sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi. Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati kita pada seseorang utk kita mencarinya. Itulah namanya CINTA. Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan pernah mengatakan kamu x mencintainya lagi jika kamu masih x dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu selagi ada hayatnya. Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan mencintai seseorang dan kamu x pernah memiliki keberanian utk menyatakan cintamu kepadanya. Kadangkala kamu x menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Cintailah seseorang atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam x perlu diungkit lg kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi x mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu x ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Cinta sesuatu yang mengasyikkan, ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Anyamlah buih-buih dilaut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu. Bkn laut namanya jika airnya x berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan x pernah terluka. Bkn kekasih namanya jika hatinya x pernah merindu dan cemburu. Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia x mengerti perjalananan hati naluri. Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri.
No comments:
Post a Comment