Monday 2 April 2012

KisaH TerKumpuL :-)

 Salam N Haiiii… Lama x coret2 d sini hampir sebulan lebih start kerja ari 2.. byk kisah n crita belaku sepanjang tempoh nie,ada suka n duka,namun semua nya ku trima seadanya J

muka pas blik keja :-)
     
      25 Jan 2012 – 1 tarikh bemulanya diriku begelar guru d skola menengah J pelbagai rasa dilalui, tkt,neves,excited n mcm2 lg.. seblm p skola kena wat byk urusan spt MC,benda yg paling x suka wat p tepaksa,huhuhu.. 1st day p skola da rasa neves.. nasib rakan2 guru d sana semua nya bes n x sombong.. bila xtau nak wat keja, Tanya ja ngan sapa2,mesti mereka akn beri tunjuk ajar.. pk2 n pengetua pun jenis yg x m’beri tekanan kpd guru2, nie yg sya rasa selesa n suka utk p skola Jmasuk ja skola diberi subjek yg x penah diambil time skola dulu iaitu TASAWWUR ISLAM , GEO n PSK.. agak m’cabar juga ajar subjek nie tp spt pepatah nie, alah bisa tegal biasa J tp pas 2 dpt ajar SEJARAH n PERDAGANGAN.. gelagat student mmg pelbagai, walau kadang2 agak mematikan mood tp kadang2 mereka nie la p’hibur sya J

kena study seblm p skola :-)
    
       1 Feb 2012 – tarikh yg sgt m’debar kan diri sya n kwn2 bila kami p interview SPP d KK.. neves x tekata bila nak p interview.. org kata interview nie la paling menakutkan.. berada dlm bilik interview lebih sejam tp x terasa J hopefully dpt lepas interview nie n cepat2 posting J..

       2 Feb 2012 – tarikh yg menyedihkan kami sekeluarga Latok kesygan kami telah pergi kembali m’hadap Illahi.. tepat jam 8.20 mlm, arwah atok m’hembus nafas nya yg teakhir d hospital sambil ditemani oleh semua anak2 n cucunya.. sgt2 menyedihkan kerna x sangka secepat 2 arwah atok p.. seblm nie kami akan menemani dia ke mana saja dia nak p.. namun semua nie kami trima seadanya,ajal semua d tangan Allah,kita x mampu nak m’halangnya..

         13 Feb 2012 – tarikh nie sgt2 d tunggu setiap tahun coz time 2 is my besday J suka sgt coz tahun nie dpt sambut ngan family.. seblm nie sambut ngan member n kazen ja tp tetap seronok J thanx 2 my family, luv u all.. tanpa mereka,sapa la sya n x mungkin sya dpt pa yg sya ada hari nie.. hajat thn nie biarlah rahsia hehehehe..

 
my besday cake 
wif mummy n sis in law

     27 Mac 2012 – tarikh nie sgt apy utk kami sekeluarga teutama my bro n sis in law J coz mereka baru menerima cahaya mata yg petama.. my mummy paling excited time tunggu d luar bilik besalin coz nak jd nenek muda da (granny) hehehe tepat jam 4.20,baby slamat d keluarkan..namanya MOHD RAFIE ARYAN J baby boy.. so sweet n seronok J



         30 Mac 2012 – last day at school Lsedi2 nak tinggal kan student n rakan2 guru.. walau sedi namun tepaksa juga, hopefully dpt kembali berkhidmat d SMK Segama.. thanx utk kelab KEBAMA coz sudi celebrate pepisahan ngan kami J will miss u all.. 

kek pepisahan..so sweet kek nie :-)
wif hasnita
nita,kak zaidah,kak ara,me,kak ozi n dexter
rakan2 guru :-)

Walau byk yg tejd,namun aku trima semua nie dgn redha..yakin pasti ada hikmah d sebalik semua nie..yg ptg ikhlas n redha utk m’hadapinya.. so sampai sini dulu,nanti kita sambung utk kisah yg lain plak..hopefully ada kisah yg lebi menarik n gembira J aminnnn ..


Tuesday 17 January 2012

Working & Holiday :-)

Salam N Hai.. Rasa seminggu da x update blog nie.. Jom lyn crita sya seminggu nie J

Alhamdulillah masi lg dpt keja walau seminggu.. seronok x tehingga apabila telibat dgn bdk2 tahun 1..  ari 1st masuk kena ajar bdk thn 3 melukis, agak blur juga bila kena ajar subjek mcm nie huhuhu tp ajar basic ja.. last2 bg bdk2 nie lukis tentang skola coz thn nie, mereka da guna bgnan baru..hehe


nie gelagat bdk2 bila d bg keja 

Tahun 1 masih telibat dgn aktiviti transisi.. jd masuk kelas pun jarang dpt m’ajar coz lebih byk melakukan aktiviti transisi.. slalu nya aktiviti nie bg bdk2 blajar yg basic2 ja n byk m’gunakan p’mainan agar bdk2 nie x mengantuk..biasalah awal masuk skola, mood n fikirn bdk2 nie masi d umah n tkt nak p skola.. uniknya tahun nie ada bdk khas temasuk d skola nie,namanya Iqbal.. hyper n minat BI, so bila kita speak BI br dia beminat n keja nya bejalan2, bila sekali tgk x rasa dia ada kekurangan coz penampilannya biasa n bdknya sgt comel..



Nie la antara aktiviti yg dilakukan semasa transisi tahun 1.. bila melibtkan aktivti permainan nampak para pelajar sgt besemangat J d bawah nie plak antara pelajar favourite..


Ana & Dayangku


Selepas becrita pasal skola, now cuti2 tanpa planning J adik cuti sem n family nak p amik dia, so nie peluang jalan2 + shoping J pas blik skola, trus p kk..pejalanan yg sgt jauh n penat..1st day sampai just rehat2 d hotel.. ari ke2, jom shoping..hehehe aktiviti yg paling bes n seronok.. Chinese New Year hampir tiba n blm lg wat pesediaan, so nie la masa nya.. hehehe.. rambang mata nak cr bj warna merah n selendang merah.. penat m’cr n last2 beli benda yg x plan pun..hehehe..beli bj tp bukan warna merah, jam tangan n perfume.. 

Petang skit betolak ke kundasang.. rasa lama x bemlm d kundasang.. tempt nya sejuk n nyaman ala2 berada d luar negara..hehehe.. pemandangan pagi yg sgt sejuk n nampak puncak gunung kinabalu..  



with mummy

my family (y.sister, grandpa,mumy,kazens n aunty)
                                                                                                      

Tuesday 3 January 2012

Permulaan Tahun 2012

Pejam celik pejam celik  kini kita telah berada di tahun 2012, satu permulaan tahun untuk kita semua. Bila tahun baru, macam-macam azam baru akan lahir d fikiran kita kan? ada yang nak cepat posting, dpt keja yang  lebih baik dari sekarang, dpt sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan n ada juga yang ingin m’dirikan rumahtangga pada tahun..

            Bagi diriku ini x tekecuali dari m’buat azam baru setiap tahun. Azam tahun nie masi meneruskan misi yang belum habis telaksana pada tahun lalu J posting secepat mungkin J m’gembirakan family n m’cari kebahagian n kegembiraan untuk diri ini J segala yang tejadi pada tahun 2011 dijadikan sebagai pengalaman n sandaran untuk terus meniti hari-hari yang m’datang agar kesilapan yang sama tidak akan beulang lagi dalam hidup ini..

            Sekarang becrita plak sambutan tahun 2012. Tahun ini destinasi menyambut tahun 2012 masi sama seperti tahun 2011 iaitu Sandakan. Walaupun hujan menemani sepanjang perjalanan kami untuk sampai namun ia x m’halang kami untuk berjalan. Sampai jak d Sandakan, misi kami yang paling penting adalah mcD J walau da seminggu mcD dibuka d sana tp tempat nya masi penuh n barisan sgt panjang d semua kaunter, so kami ambil jalan mudah iaitu drive thru ja senang n cepat. Sambil menunggu detik jam 12, sempat lg menonton kekalahan MU, huhu sedih nya. Sambutan d padang Sandakan sama seperti tempat lain iaitu p’sembahan pentas n bunga api.

            Keesokan pagi bila bangun nampak banjir d bawah hotel. Menjadi tanda tanya macam mana pusat bandar boleh banjir?? nasib banjir hanya sekejap, kira banjir kilat la. Pengalaman juga ari petama d tahun baru d sambut dengan banjir hehehe. Kepulangan kami masi sama ditemani dengan hujan.

            Hopefully tahun nie akan menjadi lebih bemakna untuk kita semua. Hadapi hari-hari m’datang dengan J walau apa dugaan yang mendatang kerna hidup kita x penah x m’hdapi dugaan. Setiap dugaan yang mendatang ada hikmahnya yang tesendiri. Namun yang pasti dugaan itu m’jadi pengalaman kita untuk lebih tabah n matang untuk menghadapi setiap yang mendatang selepas ini J


Saturday 24 December 2011

P&P Cinta Part 2

Bukan kekasih namanya jika hatinya x pernah merindu dan cemburu. Namun cemburu yang lahir dari hati bukan cemburu yang tidak menentu tapi biarlah ia atas sebab yang munasabah. Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia x mengerti perjalananan hati naluri. Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri kerana kita x pernah menyedari bila cinta itu datang dan pergi dari diri kita. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir tetapi ia adalah panduan kita untuk cinta yang akan datang. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu x dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan.

 Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat. Kejarlah cinta seperti kau mengejar masa, dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagalah ia seperti kau menjaga dirimu. Semailah ia bersama benih-benih cinta yang ikhlas dan jujur. Cintailah orang yang kau kasihi sekadarnya, barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci suatu hari kelak. Jangan bencilah orang yang kau benci sekadarnya, barangkali dia akan menjadi orang yang kau kasihi suatu hari nanti. Janganlah menggigil kedinginan kerana hilangnya cinta. Tetapi menggigillah dengan kedinginan kerana x lagi rasa. Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukan jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggu sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika x, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu. Cinta tetap hadir, ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan tetapi kepasrahan tentang yang mutlak, itulah cinta terulung.

 Usah gembira pada kelahiran cinta pertama. Jua usahlah menangis di awal kegagalan kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan. Kebahagiaan x semestinya kekal abadi. Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan, sebab bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang. Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata untuk memiliki. Dalam percintaan jugalah kamu kesali perpisahan tetapi kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan x ada perpisahan. Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita drpd kita mencintai dirinya. Itu lebih baik drpd mengahwini orang yang kita cintai tetapi x menyintai diri kita kerana lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri drpd mengubah pendirian org lain.

Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukan dari pemberian semata-mata. Rasa cinta itu jika dipupuk ke arah sinar yang lurus akan membawa pengekalan abadi. Selagi usia dikandung badan. Selagi jiwa merantai hati. Bibir x perlu berkata, bila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu. Cinta adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya. Perkahwinan pula merupakan penawarnya. Ibaratkan kehilangan cinta umpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan. Cinta x selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta. Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas skali. Cinta adalah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat x bertemu. Cinta dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dakapan dan sering berakhir dengan airmata.

Wednesday 21 December 2011

P&P Cinta Part 1

Jika mencintai seseorang, sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi. Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati kita pada seseorang utk kita mencarinya. Itulah namanya CINTA. Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan pernah mengatakan kamu x mencintainya lagi jika kamu masih x dapat melupakannya.


     Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu selagi ada hayatnya. Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

       Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan mencintai seseorang dan kamu x pernah memiliki keberanian utk menyatakan cintamu kepadanya. Kadangkala kamu x menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Cintailah seseorang atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam x perlu diungkit lg kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi x mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu x ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing. 

Cinta adalah keabadian dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami. Siapapun pandai menghayati cinta tapi x yang pandai menilai cinta kerana cinta bkn objek yang boleh dilihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati. Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan x merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika x, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yg kamu temui di dalam dirinya. Kamu x pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saat itu, raihlah dengan kedua tanganmu, dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya di hatinya. Bercinta dan mencintai memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Andainya hadir cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu x pernah hadir.

       Cinta sesuatu yang mengasyikkan, ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Anyamlah buih-buih dilaut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu. Bkn laut namanya jika airnya x berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan x pernah terluka. Bkn kekasih namanya jika hatinya x pernah merindu dan cemburu. Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia x mengerti perjalananan hati naluri. Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri.

Tuesday 20 December 2011

100 bahagian Kasih Sayang

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang . Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. 

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta ! Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya. 

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya. Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.