Saturday 24 December 2011

P&P Cinta Part 2

Bukan kekasih namanya jika hatinya x pernah merindu dan cemburu. Namun cemburu yang lahir dari hati bukan cemburu yang tidak menentu tapi biarlah ia atas sebab yang munasabah. Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia x mengerti perjalananan hati naluri. Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri kerana kita x pernah menyedari bila cinta itu datang dan pergi dari diri kita. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir tetapi ia adalah panduan kita untuk cinta yang akan datang. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu x dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan.

 Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat. Kejarlah cinta seperti kau mengejar masa, dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagalah ia seperti kau menjaga dirimu. Semailah ia bersama benih-benih cinta yang ikhlas dan jujur. Cintailah orang yang kau kasihi sekadarnya, barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci suatu hari kelak. Jangan bencilah orang yang kau benci sekadarnya, barangkali dia akan menjadi orang yang kau kasihi suatu hari nanti. Janganlah menggigil kedinginan kerana hilangnya cinta. Tetapi menggigillah dengan kedinginan kerana x lagi rasa. Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukan jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggu sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika x, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu. Cinta tetap hadir, ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan tetapi kepasrahan tentang yang mutlak, itulah cinta terulung.

 Usah gembira pada kelahiran cinta pertama. Jua usahlah menangis di awal kegagalan kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan. Kebahagiaan x semestinya kekal abadi. Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan, sebab bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang. Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata untuk memiliki. Dalam percintaan jugalah kamu kesali perpisahan tetapi kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan x ada perpisahan. Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita drpd kita mencintai dirinya. Itu lebih baik drpd mengahwini orang yang kita cintai tetapi x menyintai diri kita kerana lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri drpd mengubah pendirian org lain.

Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukan dari pemberian semata-mata. Rasa cinta itu jika dipupuk ke arah sinar yang lurus akan membawa pengekalan abadi. Selagi usia dikandung badan. Selagi jiwa merantai hati. Bibir x perlu berkata, bila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu. Cinta adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya. Perkahwinan pula merupakan penawarnya. Ibaratkan kehilangan cinta umpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan. Cinta x selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta. Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas skali. Cinta adalah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat x bertemu. Cinta dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dakapan dan sering berakhir dengan airmata.

No comments:

Post a Comment